Monday, March 22, 2010

Usah bercerita akan kejayaan...



“Squad Alpha, bersedia bertindak menuju ke lokasi 3759 dan tunggu arahan seterusnya dari saya!!” jerit Kaptain Yusop.

“ Squad Beta, kawal ‘bunker’ di setiap tempat. Pastikan tiada gerak geri musuh yang mencurigakan!!”

Kemudian kedua-dua pasukan tentera itu bertindak mengikut arahan tanpa sebarang bicara..

Sahabat-sahabat sekalian. Dapat kita saksikan di sini untuk mencapai sesebuah kejayaan perlu PATUH PADA ARAHAN KETUA. Dan didalam ketenteraan, perkara ini merupakan perkara utama yang paling ditekankan. Hal ini kerana jika salah seorang tentera melanggar perintah tersebut, maka akan berlakulah kelemahan yang akan meruntuhkan angkatan tentera musuh kerana mudah diceroboh oleh pihak musuh.

Diumpamakan seperti sebuah tembok yang panjang seperti tembok besar China, bertujuan untuk menghalang pihak musuh daripada dapat menembusi Negara tersebut. Bayangkan jika tiba-tiba sebuah batu itu pecah, maka akan memecahkan kawasan disekelilingnya dan memudahkan pihak musuh untuk menceroboh.

Begitu juga umat Islam, sibuk berkeluh kesah mengenai saudaranya yang dibunuh di palestin dan Afghanistan sedangkan tiada usaha untuk memikirkan kemenangan. Sekadar berdoa kepada Allah supaya memberikan kejayaan adalah sia-sia TANPA usaha untuk bersatu menuju kearah kejayaan itu. Dan usahlah bicara mengenai kemenangan sekiranya tiada usaha untuk patuh kepada ketua. Buktinya?

BERAPA RAMAI ORANG MUDA YANG BERSOLAT DI MASJID??


Itulah tujuan Allah perintahkan terutamanya kepada kaum lelaki, supaya solat berjemaah di masjid.

1. Berjaya solat diawal waktu.
2. Setiap kelemahan dalam solat ditampung oleh jemaah-jemaah yang lain.
3. Pahala berlipat kali ganda sebanyak 27 kali ganda.
4. Melatih berdisiplin mengikut arahan imam.
5. Merapatkan ukhuwah silaturrahim antara sesama masyarakat.
6. Memudahkan urusan kerja sekiranya ada jemaah yang sudi membantu.

Kemudian barulah boleh berbicara soal kemenangan…

Ingatlah cabaran salah seorang pemerintah ISRAEL kepada umat Islam,

“ Kami tidak gentar pada kalian selagi mana jemaah solat subuh kalian tidak seramai jemaah di solat Jumaat”

Jadi fikirkanlah kembali, Allah telahpun berfirman di dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah surah ke-2 ayat 43 yang bermaksud,

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.”2;43

Dan janji Allah didalam surah Al-Mukminun ayat ke 1-11

“9.Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. 10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. 11.Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.”23;9-11

Sudah berkurun lamanya ayat ini diturunkan..jadi bagaimana????

3 comments:

anwar azhari said...

usah dicerita tentang kejayaan, jika tidak disulami kepayahan..

-yadiy-

nice post. kita perlu orang muda

Dr. Shukri Ustaz Suliman Sujak said...

betul2x tp cmne nk ajak orang muda g mesjid? susa tol...huhu

islahmujahidin said...

Lg susah nak suruh orang betulkan niat sebelum ke masjid..bukan begitu

*suruh diri sendiri pun selalu terlupa

Post a Comment