Wednesday, March 17, 2010

Sape nak beli SUSU?

“Adik...belikan susu lembu kat kedai Pak Mat...”pinta Mak Som pada anaknya.

“ Baik mak...tapi adik nak duit lebih sikit. Nak beli aiskrim..”balas adik dan ibunya tersenyum.

Susu...sejenis cecair berwarna putih, sangat penting dalam memasak kari dan sedap untuk diminum setiap lapisan umur manusia. Kebiasaannya susu yang dijual di kedai merupakan hasil perahan dari lembu-lembu betina di ladang lembu yang kebanyakan tempat.

Susu ini terhasil melalui kelenjar mamary di bahagian bawah perut lembu. Apabila lembu-lembu memakan rumput, rumput itu masuk dalam perut, intestin dan diserap masuk dalam darah. Setelah itu, terhasillah beberapa bahan makanan seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral hasil dari metabolisma badan lembu tersebut.

Bahan makanan itu kemudiannya melalui dalam sistem darah dan masuk ke kelenjar pengeluaran (secretory gland). Disitu semua bahan makanan itu diproses dan membentuk cecair berwarna putih. Kemudian cecair itu dikeluarkan dan dinamakan susu.




Kemudian terbaca pula sepotong ayat Al-Quran yang wujud beribu-ribu tahun dahulu. Dimana zaman yang tiada sains dan teknologi, Allah membuktikan ciptaannya dalam Al-Quran. Didalam surah An Nahl surah ke 16, ayat 66. Allah berfirman;

Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya”.16;66

0 comments:

Post a Comment