Thursday, March 18, 2010

Manusia dicampak ke bumi?

“ Hari ini cikgu nak ajak kamu menjelajah ke angkasa” kata cikgu Salim pada anak muridnya di kelas darjah 2.

“ Siapa nak ikut saya pergi ke bulan?”tanyanya lagi..semua murid mengangkat tangan. Kemudian dia menunjuk jarinya kearah Rahmat.

“Rahmat, mengapa kamu nak ke bulan?” tanyanya..

“Sebab bulan best. Tak ada gravity, boleh lompat tinggi-tinggi dan bebas..seronok!!!”jawab Rahmat.

“ Kalau saya ajak kamu semua tinggal di bulan? Siapa nak ikut?”..semua murid terdiam dan tidak mengangkat tangan.

“ Saya nak tinggal di bumi. Sebab boleh makan McD, main gelongsor, mandi kat pantai…”jawab salah seorang muridnya Ramlah.

Berdasarkan dialog diatas, pernahkah anda terfikir kenapa kita ada kat bumi? Bukannya di planet utarid ke..marikh ke..bulan ke..matahari ke..mengapa?

Kerana hanya dibumi sahaja kita boleh hidup. Bukan di tempat lain. Hanya di bumi kita boleh mendapatkan makanan, ayam, daging dan sayur sayuran.

Dibumi juga kita boleh bernafas kerana ada oksigen dan carbon dioksida.
Kerana dibumi juga kita boleh minum air kerana adanya sumber air dari laut, sungai dan sebagainya.

Dan semua bahan-bahan bumi itu diperlukan dalam badan kita untuk meneruskan kehidupan. Itu juga bermakna kita ini wujud dari bahan-bahan bumi tersebut. Jika tiada bahan bumi itu, maka tentunya kita tidak mampu bergerak lagi.

Jadi benarlah sepotong ayat Al-Quran dari surah Hud surah ke 11 ayat ke 61. Allah berfirman;

“Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya”.11;61

0 comments:

Post a Comment