Anda baru tiba di KLIA, Malaysia dari Kaherah, Mesir. Setibanya di balai ketibaan, anda tercari-cari dimanakah ahli keluarga anda yang sedang menunggu anda. Cari punya cari, akhirnya jumpa juga mereka. Anda melambai tangan kepada mereka dan mereka membalas lambaian itu. Masing-masing dengan perasaan gembira tersenyum pada anda kerana teramat rindukan anda setelah beberapa tahun tidak pulang. TAPI....
Pernah tak anda terfikir bagaimana anda boleh mengenal ahli keluarga dikalangan ramai orang yang menunggu di balai ketibaan itu?
Manusia mengenal antara satu sama lain melalui berbezaan wajah mereka. Dan mana datangnya wajah itu? Kerana adanya lapisan kulit di seluruh tubuh badan manusia.
Anatomi menunjukkan manusia mempunyai rangka tulang yang berwarna putih. Kemudian tulang itu diselaputi dengan otot yang berwarna merah dan terakhir sekali lapisan kulit yang berwarna coklat. Jika tidak wujudnya kulit ini, maka hanya dengan otot-otot yang berwarna merah anda tidak mampu mengenal antara satu sama lain.

Kulit ini mempunyai beberapa lapisan dan ada yang mempuyai bulu di kulit. Bulu ini juga membezakan anda kerana melihat jenis rambut anda lurus atau kerinting.
Jumlah melanin pula membezakan warna kulit seseorang sama ada cerah ataupun gelap.

Ini membuktikan hanya kulit yang sahaja yang membezakan antara anda dan orang lain, maka benarlah firman Allah dalam surah Al-Rum (30) ayat ke 22 yang bermaksud;
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.”30;22

0 comments:
Post a Comment