Bertemu kembali..
Anda bertemu dengan doraemon di kedai dorayaki. Anda berkenalan dengannya dan doraemon menawarkan anda untuk kembali ke zaman lepas. Jadi anda ke rumah doraemon dan masuk ke dalam laci meja dan bersama doraemon dengan mesin zaman silam menuju ke beberapa ribu tahun yang lepas, pada tahun 610 masihi..
Anda dilahirkan dikelompok puak arab yang hidup secara bebas. Kemudian anda dibesarkan bersama keluarga anda. Sejak dari kecil ibu bapa anda memperkenalkan anda dengan 2 tuhan yang hebat, yang merupakan dua buah patung ataupun berhala yang bernama Al-Latta dan Al-Uzza. Jadi anda hanya menurut perintah ibu untuk sujud dan patuh pada berhala itu. Bahkan anda juga menyaksikan rakan-rakan ayah anda memberi makanan pada patung itu. Tiada apa yang anda fikirkan. Kerana mereka yang besarkan anda, maka apa yang mereka katakan adalah betul dan benar. Anda belum pernah mendengar nama tuhan lain selain dari dua itu sepanjang hidup anda. Sehinggalah sampai suatu masa, terdapat seseorang lahir yang menjadi kebanggaan keluarga Abdul Mutalib, seorang pemerintah di kawasan anda tinggal, Mekah. Bayi itu membesar dan membesar dan tiba di suatu masa, bayi itu kini telah dewasa. Ia bernama Muhammad bin Abdullah. Seorang yang tidak pernah menipu dan digelar Al-Amin. Sedang anda bersama rakan-rakan anda bergelak ketawa, lelaki ini berdiri di sebuah tempat yang tinggi dan berteriak. Menyatakan dia adalah Rasulullah dan menyuruh anda mempercayai ada tuhan selain Al-Latta dan Al-Uzza iaitu Allah. Dan katanya Allah itu hanyalah tuhan yang satu, jadi selama ini yang anda sembah bukanlah tuhan. Pastinya anda menentang dakwah yang dibawa lelaki itu. Dan boleh jadi anda mengatakan dia gila dan sebagainya dan tidak menghiraukannya.
Lantas setelah beberapa lama lelaki itu menunjukkan bukti Al-Quran merupakan Kalam dari Allah. Bagaimana anda boleh mempercayainya? pasti anda juga mengatakan apa yang terkandung itu hanyalah rekaan Muhammad semata-mata. Apa buktinya kalam yang terkandung itu merupakan kalam yang benar?
Secara tiba-tiba anda ditarik kembali oleh doraemon ke zaman asal anda..2010. Ya, Al-Quran itu masih lagi ada dan segala isi kandungannya tidak berubah dari apa yang diperkatakan lelaki zaman silam itu. Dan anda saksikan...semua yang terkandung didalamnya sangat menepati bukti sains zaman kini. Dan anda baru mulai percaya bahawa Al-Quran itu benar. Anda cuba mencari kesalahan tetapi tiada dijumpai. Malah semakin benar apa yang terkandung dalam Al-Quran itu sama dengan kajian sains sekarang. Ya anda kini meyakini kata-kata lelaki itu SEKARANG dan anda juga percaya hanya ALLAH sahaja tuhan kita..Dan kini saya ingin mambawa anda lagi dengan lebih mendalam benarlah wujudnya Tuhan yang Esa, Allah dan Dialah yang menciptakan seluruh alam..=) semoga bertemu kembali
0 comments:
Post a Comment