Friday, April 2, 2010

Parasit Dalam Khinzir?





“ Mak kenapa kedai tu ada tulis Non Halal Food?, dia jual apa?” tanya Ali.

“ Oh dia jual daging khinzir..Orang Islam macam kita tak boleh makan sayang,”jawab ibunya.

“Kenapa ya?”tanya Ali kembali..

Mengapa sahabat-sahabat?

Kajian telah dijalankan pada binatang bernama khinzir. Terdapat sejenis parasit bernama Trichinella.





Parasit ini mampu hidup didalam otot-otot merah (striated muscle ).

1. Bermula dari alam larva ia membesar dengan cepat menjadi parasit dewasa jantan dan betina di dalam lapisan usus dan mengawan.

2. Parasit betina menghasilkan telur yang akan menetas sebelum ia dilepaskan daripada badan si ibu.

3. Kemudian larva ini akan meninggalkan ibunya dan berpindah ke tisu lain melalui saluran darah, dan merantau keseluruh badan.

4. kemudian apabila bertemu tempat yang sesuai, ia akan menerobos masuk ke sel otot (muscle cell ) dan menjadi ‘nurse cell’ untuk melindungi larva itu.

5. kemudian ia akan diaktifkan balik apabila dimakan oleh pemakan daging yang lain




Maka setelah seseorang itu telah dimasuki larva itu, akan berlakulah beberapa simtom seperti sakit badan, muntah, demam, muka membengkak, pening kepala, SAKIT OTOT, radang konjuktiva dan kerosakan beberapa organ.

Selain itu ada banyak lagi jenis parasit yang hidup didalam khinzir seperti kebanyakan cacing dan virus. Boleh rujuk link disini..


Jadi benarlah megapa Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 173 yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”2;173

Jadi mahukah anda parasit ini hidup didalam otot anda??renungkanlah..

Monday, March 29, 2010

'Bed Sores' & Quran?



‘Gangrene’ adalah kesan daripada sel mati (necrosis=sel mati yang tidak diprogramkan) yang bercirikan mempunyai bau yang busuk dan kulit menjadi berwarna hitam disebabkan oleh jangkitan kuman ataupun sel itu tidak mendapat oksigen yang secukupnya.


Salah satu bahagian gangrene adalah gangrene lembap (moist gangrene) yang berlaku di sesetengah bahagian badan seperti mulut, perut, paru-paru , cervix, dan tumit. Antara contoh yang terkenal adalah ‘bed sores’ dimana berlakunya seperti didalam gambar.


Penyakit ini berlaku kebanyakan pada pesakit yang baring terlalu lama di atas katil tanpa pergerakan. Ini berlaku apabila tulang sacrum (di belakang punggung) menghempap bahagian kulit yang memerlukan saluran darah. Akibat saluran darah itu tersekat dan sel tidak mendapat oksigen untuk hidup lalu mati secara dipaksa (necrosis). Dan berlaku pula jangkitan mikrorganisma saprogenic menyebabkan bau busuk.



Didalam Al-Quran Allah ada menyebutkan didalam surah Al-Kahfi ayat ke 18 berbunyi;

“Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.”

Pastinya ramai yang tahu kisah ashabul kahfi dimana mereka ditidurkan didalam gua selama beribu tahun. Dan Allah membuktikan bagaimana mereka bangun dalam keadaan tiada ‘bed sores’ ini kerana digerakkan Allah kekanan dan kekiri.

Jadi renungkanlah kebenarannya...

Monday, March 22, 2010

Usah bercerita akan kejayaan...



“Squad Alpha, bersedia bertindak menuju ke lokasi 3759 dan tunggu arahan seterusnya dari saya!!” jerit Kaptain Yusop.

“ Squad Beta, kawal ‘bunker’ di setiap tempat. Pastikan tiada gerak geri musuh yang mencurigakan!!”

Kemudian kedua-dua pasukan tentera itu bertindak mengikut arahan tanpa sebarang bicara..

Sahabat-sahabat sekalian. Dapat kita saksikan di sini untuk mencapai sesebuah kejayaan perlu PATUH PADA ARAHAN KETUA. Dan didalam ketenteraan, perkara ini merupakan perkara utama yang paling ditekankan. Hal ini kerana jika salah seorang tentera melanggar perintah tersebut, maka akan berlakulah kelemahan yang akan meruntuhkan angkatan tentera musuh kerana mudah diceroboh oleh pihak musuh.

Diumpamakan seperti sebuah tembok yang panjang seperti tembok besar China, bertujuan untuk menghalang pihak musuh daripada dapat menembusi Negara tersebut. Bayangkan jika tiba-tiba sebuah batu itu pecah, maka akan memecahkan kawasan disekelilingnya dan memudahkan pihak musuh untuk menceroboh.

Begitu juga umat Islam, sibuk berkeluh kesah mengenai saudaranya yang dibunuh di palestin dan Afghanistan sedangkan tiada usaha untuk memikirkan kemenangan. Sekadar berdoa kepada Allah supaya memberikan kejayaan adalah sia-sia TANPA usaha untuk bersatu menuju kearah kejayaan itu. Dan usahlah bicara mengenai kemenangan sekiranya tiada usaha untuk patuh kepada ketua. Buktinya?

BERAPA RAMAI ORANG MUDA YANG BERSOLAT DI MASJID??


Itulah tujuan Allah perintahkan terutamanya kepada kaum lelaki, supaya solat berjemaah di masjid.

1. Berjaya solat diawal waktu.
2. Setiap kelemahan dalam solat ditampung oleh jemaah-jemaah yang lain.
3. Pahala berlipat kali ganda sebanyak 27 kali ganda.
4. Melatih berdisiplin mengikut arahan imam.
5. Merapatkan ukhuwah silaturrahim antara sesama masyarakat.
6. Memudahkan urusan kerja sekiranya ada jemaah yang sudi membantu.

Kemudian barulah boleh berbicara soal kemenangan…

Ingatlah cabaran salah seorang pemerintah ISRAEL kepada umat Islam,

“ Kami tidak gentar pada kalian selagi mana jemaah solat subuh kalian tidak seramai jemaah di solat Jumaat”

Jadi fikirkanlah kembali, Allah telahpun berfirman di dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah surah ke-2 ayat 43 yang bermaksud,

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.”2;43

Dan janji Allah didalam surah Al-Mukminun ayat ke 1-11

“9.Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. 10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. 11.Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.”23;9-11

Sudah berkurun lamanya ayat ini diturunkan..jadi bagaimana????

Saturday, March 20, 2010

Manusia ni bersifat lemah?


“ Umi, Adam rase lemah-lemah badan la...”, ngadu Adam pada ibunya.

“ Badan Adam panas la..Adam demam ni. Adam rehat dulu ya. Nanti Umi belikan ubat..” kata ibunya.

“ Baiklah Umi..” balas Adam

Ada beberapa soalan yang saya ingin tujukan pada anda...

1. Apakah anda mampu mengawal pergerakan jantung anda?

2. Mampukah anda mengawal pertumbuhan rambut dan bulu roma anda?

3. Adakah juga anda mampu menghilangkan rasa sakit akibat terjatuh dengan sendiri?

4. Adakah anda mampu mengawal suhu badan anda?

5. Terakhir sekali, mampukah anda mengawal pergerakan makanan dalam perut anda?

Saya pasti semua orang akan menjawab TIDAK MAMPU!!! MUSTAHIL!!!!

Sedarkah anda bahawa kita ini bersifat lemah?

Tetapi mengapa ada diantara kita yang sanggup menghina NABI?

Lebih teruk lagi yang berani mencabar TUHAN?

NAUZUBILLAHIMINZALIK...


Dalam sains perubatan menunjukkan hanya satu organ sahaja yang mampu kita kawal dengan sendiri iaitu otot tulang (skeletal muscle-voluntary muscle). HANYA SATU!!!

Organ inilah yang membantu kita untuk bergerak kesana-kemari, menuju ke masjid ataupun ke tempat maksiat.

Organ ini juga yang membantu kita untuk mengeluarkan suara supaya boleh berkata-kata benar ataupun memfitnah.

Organ ini juga menggerakkan kita untuk melakukan kerja, menaip, bermain dan sebagainya.

Dan organ ini menentukan perbuatan kita melakukan kebaikan atau kejahatan.

Jadi percayakah anda? Bahawa memang kita ini tersangatlah lemah. Maka benarlah firman Allah dalam surah Ar-Rom surah ke 30 ayat ke 54 yang bermaksud;


“Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu Dia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Dia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya dan Dialah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa”.30;54


Ayat ini menjelaskan sewaktu anda dijadikan dalam keadaan lemah semasa kamu masih bayi. Otot-otot kamu masih lagi belum terbentuk dengan sempurna dan perlukan sokongan.

Kemudian apabila anda menginjak dewasa otot ini semakin kuat dan matang.

Setelah anda berusia, otot-otot itu kembali lemah seperti kanak-kanak kerana sedikit demi sedikit fungsinya semakin berkurang dan tidak mampu membesar lagi.

Jadi fikir-fikirkanlah...=)

Friday, March 19, 2010

Siapa suruh berkenalan dahulu?



Sejarah membuktikan ketika zaman jahiliah dahulu masyarakat arab berpecah belah. Semangat assobiyah (berpuak-puak) mereka sangatlah tinggi menyebabkan selalu berlakunya peperangan, perbunuhan antara puak-puak.

Kemudian tradisi ini diteruskan apabila wujud kuasa-kuasa besar seperti Rom dan Parsi, menyebabkan peperangan itu lebih besar untuk menguasai sesebuah kawasan.




Tambahan lagi, apabila teknologi semakin canggih, bangun pula beberapa kuasa besar seperti German, Amerika Syarikat, Britain dan Jepun untuk menguasai seluruh dunia. Ini dibuktikan dalam sejarah peperangan Perang Dunia Pertama dan Kedua.

Jepun pernah juga berjaya menguasai tanah melayu namun kemudiaannya diambil alih kerajaan Britain setelah jatuhnya Bom Atom di Hirosyima dan Nagasaki. Apakah manusia ini tidak boleh bersatu?

Kemudian setelah beberapa tahun berlalu, barulah umat manusia menyedari bahawa perlunya kedamaian untuk mereka menjalani hidup yang selesa. Dan setelah itu lahirlah beberapa ahli fikir memikirkan bagaimana caranya untuk penduduk bumi bersatu. Dan diantara cara untuk menyatukan mereka adalah dengan saling berkenal-kenalan antara satu sama lain.

Dan kemudian itu bermulalah teknologi telefon untuk menghubungkan orang yang jauh.


Kini lebih hebat lagi. Dengan teknologi laman sesawang (internet), lahir beberapa laman web yang mampu menhubungkan manusia dengan lebih pantas.





Malah boleh juga berhubung secara live melalui webcam.



Sungguh hebat para manusia. Semakin hari semakin bijak mencipta teknologi. Hebat orang yang mencetuskan idea supaya berkenal-kenalan antara satu sama lain sehingga mewujudkan keamanan yang membolehkan kita hidup selesa seperti sekarang. Persoalannya siapa?

Allah berfirman dalam surah Al-Hujraat surah ke 49 ayat 13 yang bermaksud;

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)".49;13


Jangan kita lupa, Al-Quran diturunkan beribu tahun dahulu. Jadi siapa lebih hebat? Maka renungkanlah sendiri...





Thursday, March 18, 2010

Tubuh badan Bertamadun dulu?


pemerintah Malaysia



pemerintah badan
------------------------------------------------------------------------------


lebuh raya

sistem darah manusia
----------------------------------------------------------------------------


penduduk bumi


penduduk teramai badan (sel darah merah)
-------------------------------------------------------------------------------



polis tangkap penjenayah


sel makrophage makan bakteria
-------------------------------------------------------------------------------


balai polis di bumi


organ pembunuh bendasing (lymph node)
--------------------------------------------------------------------------------


jiran tetangga di bumi


jiran tetangga dalam badan (epithelium tissue)
------------------------------------------------------------------------------

kilang di bumi


kilang buat sel (tulang sum-sum)
--------------------------------------------------------------------------------


manusia bersatu padu


sel otot lebih bersatu padu
------------------------------------------------------------------------------

proses membuat koko utk buat coklat


pusingan citrate untuk buat tenaga
------------------------------------------------------------------------------


tidak putus asa


tidak pernah berhenti kecuali mati


Jadi fikirkan kembali...siapa yang lebih bertamadun dahulu? manusia ataupun tubuh badan manusia yang diciptakan Allah? Allah berfirman dalam surah Nuh surah ke 71 ayat ke 17;

"Dan Allah telah menumbuhkan kamu (hidup dari benda-benda yang berasal) dari bumi, dengan pertumbuhan yang sungguh-sungguh sempurna..",71;17



Kenapa perlu Makan?

“Nisa, makan ubat sini..”pinta Jamilah, ibu kepada anak kecil bernama Hanisah. Anak kecil itu mengalami demam sejak semalam.

“Tak nak lah ibu..ubat tu tak sedap...” katanya.

“Mari sayang, kata nak sihat kan?” pujuk ibunya.

“Kenapa makan ubat boleh sihat?”tanya Hanisah ingin tahu.

“Sebab ubat ni boleh lawan demam tu.”balas ibunya. Hanisah segera mendapatkan ibunya.

Kenapa perlu makan? Persoalan itu timbul di benak saya. Orang kata kalau tak makan lapar, tak ada tenaga, dan letih. Memang betul pun. Kalau tak makan memang la letih.

Tapi kenapa?

Ya, makanan yang kita makan merupakan sumber tenaga kita untuk kita bergerak kesana-sini dan membuat kerja. Tanpa makanan, pastinya kita akan mati ataupun kelaparan.

Makanan yang dimakan akan dipecahkan oleh enzim di mulut, perut, duodenum dan intestin menjadi bahan yang lebih kecil. Kemudian hasil pecahan ini akan diserap masuk dalam badan melalui usus kecil (intestine) dan masuk ke dalam darah.

Sejurus sahaja masuk ke dalam darah, hasil makanan ini akan diproses di hati (liver) untuk proses membuat tenaga yang dibentuk dalam ATP. Ada juga yang akan dihantar ke sel-sel diseluruh badan kita.

Jadi jelaslah kita sekarang mengapa kita perlu makan.

Berdasarkan dialog di atas, ibu Hanisah meminta anaknya supaya makan ubat. Kerana dia tahu ubat itu boleh merawat anaknya yang sedang demam.

Hal ini sama dengan sepotong ayat Al-Quran yang menyuruh kita makan dan minum kerana Allah lebih mengetahui akan hambanya yang perlu makan untuk hidup. Ingat sekali lagi, turunnya ayat ini pada beberapa ribu tahun yang lepas, baru sekarang bukti mengapa perlu makan itu dapat dijelaskan hasil proses dalam badan.

Jadi benar Allah berfirman dalam surah Al-baqarah surah ke 2 ayat ke 60;

"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: Pukullah batu itu dengan tongkatmu, (dia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".2;60

Manusia dicampak ke bumi?

“ Hari ini cikgu nak ajak kamu menjelajah ke angkasa” kata cikgu Salim pada anak muridnya di kelas darjah 2.

“ Siapa nak ikut saya pergi ke bulan?”tanyanya lagi..semua murid mengangkat tangan. Kemudian dia menunjuk jarinya kearah Rahmat.

“Rahmat, mengapa kamu nak ke bulan?” tanyanya..

“Sebab bulan best. Tak ada gravity, boleh lompat tinggi-tinggi dan bebas..seronok!!!”jawab Rahmat.

“ Kalau saya ajak kamu semua tinggal di bulan? Siapa nak ikut?”..semua murid terdiam dan tidak mengangkat tangan.

“ Saya nak tinggal di bumi. Sebab boleh makan McD, main gelongsor, mandi kat pantai…”jawab salah seorang muridnya Ramlah.

Berdasarkan dialog diatas, pernahkah anda terfikir kenapa kita ada kat bumi? Bukannya di planet utarid ke..marikh ke..bulan ke..matahari ke..mengapa?

Kerana hanya dibumi sahaja kita boleh hidup. Bukan di tempat lain. Hanya di bumi kita boleh mendapatkan makanan, ayam, daging dan sayur sayuran.

Dibumi juga kita boleh bernafas kerana ada oksigen dan carbon dioksida.
Kerana dibumi juga kita boleh minum air kerana adanya sumber air dari laut, sungai dan sebagainya.

Dan semua bahan-bahan bumi itu diperlukan dalam badan kita untuk meneruskan kehidupan. Itu juga bermakna kita ini wujud dari bahan-bahan bumi tersebut. Jika tiada bahan bumi itu, maka tentunya kita tidak mampu bergerak lagi.

Jadi benarlah sepotong ayat Al-Quran dari surah Hud surah ke 11 ayat ke 61. Allah berfirman;

“Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya”.11;61

Wednesday, March 17, 2010

Sape nak beli SUSU?

“Adik...belikan susu lembu kat kedai Pak Mat...”pinta Mak Som pada anaknya.

“ Baik mak...tapi adik nak duit lebih sikit. Nak beli aiskrim..”balas adik dan ibunya tersenyum.

Susu...sejenis cecair berwarna putih, sangat penting dalam memasak kari dan sedap untuk diminum setiap lapisan umur manusia. Kebiasaannya susu yang dijual di kedai merupakan hasil perahan dari lembu-lembu betina di ladang lembu yang kebanyakan tempat.

Susu ini terhasil melalui kelenjar mamary di bahagian bawah perut lembu. Apabila lembu-lembu memakan rumput, rumput itu masuk dalam perut, intestin dan diserap masuk dalam darah. Setelah itu, terhasillah beberapa bahan makanan seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral hasil dari metabolisma badan lembu tersebut.

Bahan makanan itu kemudiannya melalui dalam sistem darah dan masuk ke kelenjar pengeluaran (secretory gland). Disitu semua bahan makanan itu diproses dan membentuk cecair berwarna putih. Kemudian cecair itu dikeluarkan dan dinamakan susu.




Kemudian terbaca pula sepotong ayat Al-Quran yang wujud beribu-ribu tahun dahulu. Dimana zaman yang tiada sains dan teknologi, Allah membuktikan ciptaannya dalam Al-Quran. Didalam surah An Nahl surah ke 16, ayat 66. Allah berfirman;

Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya”.16;66

Kulit aku Putih... Kulit Kau Hitam...


Anda baru tiba di KLIA, Malaysia dari Kaherah, Mesir. Setibanya di balai ketibaan, anda tercari-cari dimanakah ahli keluarga anda yang sedang menunggu anda. Cari punya cari, akhirnya jumpa juga mereka. Anda melambai tangan kepada mereka dan mereka membalas lambaian itu. Masing-masing dengan perasaan gembira tersenyum pada anda kerana teramat rindukan anda setelah beberapa tahun tidak pulang. TAPI....

Pernah tak anda terfikir bagaimana anda boleh mengenal ahli keluarga dikalangan ramai orang yang menunggu di balai ketibaan itu?

Manusia mengenal antara satu sama lain melalui berbezaan wajah mereka. Dan mana datangnya wajah itu? Kerana adanya lapisan kulit di seluruh tubuh badan manusia.

Anatomi menunjukkan manusia mempunyai rangka tulang yang berwarna putih. Kemudian tulang itu diselaputi dengan otot yang berwarna merah dan terakhir sekali lapisan kulit yang berwarna coklat. Jika tidak wujudnya kulit ini, maka hanya dengan otot-otot yang berwarna merah anda tidak mampu mengenal antara satu sama lain.


Kulit ini mempunyai beberapa lapisan dan ada yang mempuyai bulu di kulit. Bulu ini juga membezakan anda kerana melihat jenis rambut anda lurus atau kerinting.

Jumlah melanin pula membezakan warna kulit seseorang sama ada cerah ataupun gelap.


Ini membuktikan hanya kulit yang sahaja yang membezakan antara anda dan orang lain, maka benarlah firman Allah dalam surah Al-Rum (30) ayat ke 22 yang bermaksud;

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.”30;22

Pengenalan Sejarah


Bertemu kembali..

Anda bertemu dengan doraemon di kedai dorayaki. Anda berkenalan dengannya dan doraemon menawarkan anda untuk kembali ke zaman lepas. Jadi anda ke rumah doraemon dan masuk ke dalam laci meja dan bersama doraemon dengan mesin zaman silam menuju ke beberapa ribu tahun yang lepas, pada tahun 610 masihi..

Anda dilahirkan dikelompok puak arab yang hidup secara bebas. Kemudian anda dibesarkan bersama keluarga anda. Sejak dari kecil ibu bapa anda memperkenalkan anda dengan 2 tuhan yang hebat, yang merupakan dua buah patung ataupun berhala yang bernama Al-Latta dan Al-Uzza. Jadi anda hanya menurut perintah ibu untuk sujud dan patuh pada berhala itu. Bahkan anda juga menyaksikan rakan-rakan ayah anda memberi makanan pada patung itu. Tiada apa yang anda fikirkan. Kerana mereka yang besarkan anda, maka apa yang mereka katakan adalah betul dan benar. Anda belum pernah mendengar nama tuhan lain selain dari dua itu sepanjang hidup anda. Sehinggalah sampai suatu masa, terdapat seseorang lahir yang menjadi kebanggaan keluarga Abdul Mutalib, seorang pemerintah di kawasan anda tinggal, Mekah. Bayi itu membesar dan membesar dan tiba di suatu masa, bayi itu kini telah dewasa. Ia bernama Muhammad bin Abdullah. Seorang yang tidak pernah menipu dan digelar Al-Amin. Sedang anda bersama rakan-rakan anda bergelak ketawa, lelaki ini berdiri di sebuah tempat yang tinggi dan berteriak. Menyatakan dia adalah Rasulullah dan menyuruh anda mempercayai ada tuhan selain Al-Latta dan Al-Uzza iaitu Allah. Dan katanya Allah itu hanyalah tuhan yang satu, jadi selama ini yang anda sembah bukanlah tuhan. Pastinya anda menentang dakwah yang dibawa lelaki itu. Dan boleh jadi anda mengatakan dia gila dan sebagainya dan tidak menghiraukannya.

Lantas setelah beberapa lama lelaki itu menunjukkan bukti Al-Quran merupakan Kalam dari Allah. Bagaimana anda boleh mempercayainya? pasti anda juga mengatakan apa yang terkandung itu hanyalah rekaan Muhammad semata-mata. Apa buktinya kalam yang terkandung itu merupakan kalam yang benar?

Secara tiba-tiba anda ditarik kembali oleh doraemon ke zaman asal anda..2010. Ya, Al-Quran itu masih lagi ada dan segala isi kandungannya tidak berubah dari apa yang diperkatakan lelaki zaman silam itu. Dan anda saksikan...semua yang terkandung didalamnya sangat menepati bukti sains zaman kini. Dan anda baru mulai percaya bahawa Al-Quran itu benar. Anda cuba mencari kesalahan tetapi tiada dijumpai. Malah semakin benar apa yang terkandung dalam Al-Quran itu sama dengan kajian sains sekarang. Ya anda kini meyakini kata-kata lelaki itu SEKARANG dan anda juga percaya hanya ALLAH sahaja tuhan kita..Dan kini saya ingin mambawa anda lagi dengan lebih mendalam benarlah wujudnya Tuhan yang Esa, Allah dan Dialah yang menciptakan seluruh alam..=) semoga bertemu kembali